Setahunya aku, jadi begini. Aku teruskan dengan kedegilanku ini. Ramai menasihati, aku tidak mempeduli. Akhirnya aku yang menangis sendiri. Aku tak mengerti , mengapa aku begini ? Engkau tinggalkanku, tanpa aku mahu. Engkau katakan engkau tak mampu tipu. Aku keliru dengan maksudmu. Kenapa baru sekarang engkau katakan itu. Aku juga punya perasaan. Mengapa engkau membuatku bagaikan sebuah boneka. Hati ini memang terluka, dek manusia yang bertopengkan manusia. Mengapa aku , engkau jadikan mangsa? Apa salah ku kau lakukan begini ? Mungkin aku telah pergi jauh. Terkeluarnya aku dari landasan. Aku mengikut nafsu yang bergelora, semakin lama aku terus terperangkap . Syaitan mula bersorak gembira, pabila bisa menundukkan cucu Nabi Adam. Mudahnya engkau melafazkan selamat tinggal. Dengan meminta maaf, engkau rasakan semuanya akan pulih. Oh tidak ! aku tidak akan membalas dendam. Kerna aku tahu, aku yang pilih jalan ini. Bodoh nya aku. Aku tunduk pada kata-kata manis sang lelaki, sehingganya aku jadi begini.
Pada semua , jagalah diri baik2. Jangan terlalu mengikutkan nafsu. Nafsu ini bagaikan kapal. Perlu ada nakhoda. Jika tiada nakhoda, tenggelamlah kapal itu. Kasih sayang seorang kekasih belum tentu kekal lama, sayangnya ibu bapa, lebih kekal dan sejahtera. Sayanglah Tuhan, kerna jika anda sayang Tuhan, pasti tuhan akan sayang kamu. . kasih sayang tuhan, tiada batasnya.
Nuraqilah-
Saturday, July 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment