BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 4, 2010

Aku sedar aku sering menyusahkan
dirimu, wahai teman
sedangkan kamu sering di sisiku
dan ku percaya kamu ada terasa pabila denganku.


Kadangkala sikapku yang berubah
sukar untuk dijangka apa yang seterusnya
mengertilah bukan niatku
untuk melukakan hatimu.


Aku percaya bahawa aku bukan teman yang kamu impikan
aku tak sempurna seperti yang kamu mahukan
dan mungkin kamu ada berasa bosan
dengan kerenahku yang bukan-bukan...



Seikhlas hati, aku mohan maaf atas keterlanjuran bahasa
yang mungkin melukakan
emosiku yang tak terkawal
hatiku yang meronta
dan akhirnya kamu yang menjadi tempatku melepaskannya.



Maafkan aku..
kerana mungkin kamu merasakan begitu
bukan niatku , percayalah !
aku amat menghargai segala yang kamu lakukan untukku
dan puisi ini ku ciptakan untukmu..







Khas untuk : Liyana , Aiz, Acha

You people help me a lot.
 You people are the one who keep on putting
 a smile on my face.


No comments:

Post a Comment